Carian
Nilai Bitcoin Melangkaui RM250,000 Sekali Lagi
March 14, 2021 Aman

Nilai Bitcoin kini dilihat melangkaui RM250,000 sekali lagi, selepas mencatatkan penurunan beberapa minggu lepas – salah satunya disebabkan oleh Tweet Elon Musk yang mengatakan Bitcoin terlebih nilai.

Untuk tahun ini sahaja, Bitcoin menyaksikan peningkatan secara positif berperingkat dari minggu ke minggu. Hal ini disokong lagi oleh pelbagai syarikat yang menyatakan sokongan untuk Bitcoin, malah terdapat syarikat seperti Tesla yang membeli Bitcoin sebagai aset.

Disamping itu, beberapa syarikat memfokuskan kewangan turut dikatakan akan menambah sokongan untuk Bitcoin pada tahun ini yang membawa kepada peningkatan nilainya ini.

Komen