Telegram Channel Mungkin Menambah Sokongan Perbualan Audio Tidak Lama Lagi

Telegram Channel Mungkin Menambah Sokongan Perbualan Audio Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 14, 2021 oleh .

Telegram pada hari ini sedia menawarkan sokongan perbualan audio pada Telegram Groups. Kini, selain daripadanya, Telegram turut dilihat inign menawarkan ciri sama ke Telegram Channel.

Dengan ciri ini, ia akan memudahkan pengikut sesuatu Telegram Channel untuk berbual antara satu sama lain, dan berinteraksi berkenaan perkara yang diminati mereka.

Pada hari ini, ciri perbualan audio sedia diperkenalkan pada Telegram Groups, dan dengan populariti audio yang meningkat naik akhir-akhir ini, Telegram dilihat ingin mengintegrasikannya pada keseluruhan aplikasi mereka.

Selain Telegram, pihak Instagram juga sedang melihat untuk integrasi perbualan audio pada aplikasi mereka.


Paling Popular