Nokia Menjadualkan Pengenalan Peranti Baru Pada 8 April

Diterbitkan pada Mac 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia kini menjadualkan pengenalan peranti baru dibawah HMD Global, pada 8 April 2021 akan datang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti yang bakal diperkenalkan. Jikalau melihat laporan baru-baru ini, Nokia dijangka akan hadir dengan penjenamaan siri baharu untuk peranti mereka, dan mungkin memperkenalkan Nokia G10 tidak lama lagi.

Seperti biasa, dengan populariti jenama Nokia, semestinya ramai ingin mengetahui apakah yang bakal ditawarkan oleh Nokia ini. Bagi pengguna tempatan, anda boleh tandakan kalendar anda 8 April, pukul 11 malam untuk melihat sendiri apakah yanng bakal diperkenalkan oleh Nokia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami