HTC Wildfire E3 Dilancarkan – Sokong Cip MediaTek Helio P22, Empat Kamera Belakang

Diterbitkan pada Mac 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Boleh dikatakan, HTC sebenarnya dilihat masih dikenali ramai ketika ini. Dalam perkembangan terkini, HTC dilihat hadir dengan sebuah lagi peranti terkini untuk pasaran Russia – ia dikenali sebagai HTC Wildfire E3. Antara titik jualan utama yang cuba diketengahkan oleh peranti pintar ini termasuklah – sokongan bateri berkapasiti besar dan sistem kuad-kamera dengan sensor utama 13-Megapixel.

Untuk spesifikasi khusus, HTC Wildfire E3 dilengkapi paparan bersaiz 6.51-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1560 piksel). Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Helio P22, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – sistem operasi Android 10, sokongan dwi-sim, bluetooth 4.2, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya. Untuk harga, HTC Wildfire E3 dijual pada €150 (~RM737) dan boleh didapati dalam pilihan warna hitam atau biru.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami