Clubhouse Tidak Lagi Mengakses Senarai Kontak Untuk Menjemput Rakan

Diterbitkan pada Mac 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Clubhouse tular di kalangan pengguna iPhone kerana ianya eksklusif pada platform iOS dan memerlukan jemputan sebelum boleh digunakan. Dengan ciri berborak secara audio, ia menawarkan satu lagi dimensi untuk media sosial yang selama ini lebih menumpukan kepada teks, gambar dan video. Ketika acara Townhall minggu lalu, Clubhouse mengumumkan beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.

Pertama sekali Clubhouse tidak akan lagi mengakses senarai kontak pada telefon pengguna. Ini ialah isu privasi yang merisaukan ramai pengguna iOS sejak aplikasi digunakan. Pengguna boleh menjemput rakan ke dalam Clubhouse dengan memasukkan nombor telefon secara manual. Jemputan juga boleh dilakukan oleh kelab dan bukan sekadar oleh individu, bilik boleh ditapis berdasarkan bahasa dan pengguna boleh berkongsi pautan ke profil Clubhouse mereka secara terus.

Pada waktu ini Clubhouse masih hanya ditawarkan di iOS dengan 10 juta pengguna manakala versi Android menjadi agenda seterusnya oleh pembangun. Sejak tular ciri seakan Clubhouse kini turut hadir di Twitter, Telegram dan seterusnya Facebook.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami