Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini telah memulakan pra-tempahan untuk komputer desktop mereka yang terbaru, iaitu Huawei MateStation S. Pembelian komputer desktop ini turut hadir dengan panel paparan bersaiz 23.8-inci secara percuma bersama dengannya.

Huawei MateStation S hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600G, 2 x DDR4 SO-DIMM 8GB, storan berasaskan SSD 2x 256GB, dan hadir dengan sistem operasi Windows 10.

Huawei turut menawarkan beberapa hadiah percuma bersama pembelian ini, termasuk papan kekunci, tetikus, dan juga jaminan tambahan selama setahun.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan bermula hari ini pada harga RM2999, dan mendapatkannya bermula 20 Mac 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd