Cari @ Amanz

Huawei kini berkongsi lanjut mengenai penawaran harga untuk Huawei MatePad 10.4. Bagi yang berminat, tablet ini ditawarkan pada harga RM1,499 dan ia boleh didapati dalam pilihan warna Midnight Grey. Sesi pra-tempahan akan dibuka bermula esok (16 Mac 2021) sehingga 19 Mac 2021 dan setiap pembelian yang dibuat bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM665 yang terdiri dengan – papan kekunci, pakej hadiah menarik dan akses Huawei Video selama 3 bulan.

Untuk spesifikasi, tablet ini akan dilengkapi skrin bersaiz 10.4-inci IPS dengan resolusi 2000 x 1200 piksel. Ia juga menggunakan cip HiSilicon Kirin 820, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 7,250mAh. Seterusnya, ia turut menggunakan sensor sebesar 8-Megapixel untuk kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd