Cari @ Amanz

Ikhlas, salah satu cabang perniagaan memfokuskan pengguna muslim dibawah AirAsia Digital, kini telah memperkenalkan platform edagang mereka tersendiri, dinamakan “Shop with Ikhlas”.

Melalui platform edagang memfokuskan produk pengguna muslim ini, ia membolehkan pengguna mendapatkan produk seperti sejadah, telekunng, makanan kering, daging segar, makanan tambahan, buku, produk seni islam, pakaian, dan beberapa  produk lain.

Ikhlas turut menawarkan diskaun sebanyak 10% sempena pelancaran ini sehingga 31 Mac 2021 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak “Shop with Ikhlas” hari ini, dan mencuba sendiri platform edagang terbaru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd