Carian
1.4 Juta Yang Mendaftar Mendapatkan Vaksin Covid-19 Menerusi MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap
March 15, 2021 Effi Saharudin

Proses pendaftaran minat mendapat vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera sejak 23 Februari lalu. Sehingga kini lebih 5 juta telahpun mendaftar bukan sahaja menerusi aplikasi tetapi juga menerusi portal dan talian hotline. Khairy Jamaluddin hari ini berkata dari kumpulan yang telah mendaftar, 1.4 juta didapati tidak memberikan maklumat kesihatan dan alamat yang lengkap.

Hanya maklumat nama penuh dan nombor kad pengenalan sahaja diisi semasa mendaftar. Beliau kini menyeru orang ramai yang tidak menjawab soalan yang diperlukan semakan pendaftaran melakukannya segera sebelum fasa pemberian vaksin kepada orang ramai dimulakan April hadapan untuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Seterusnya fasa ketiga bermula September akan memberikan suntikan kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas.

Komen