Pada waktu ini suntikan vaksin yang diberikan kepada petugas barisan hadapan, ahli politik dan pembantu ahli politik kesemuanya adalah dari jenis Pfizer BioNTech yang tiba di Malaysia penghujung Februari lalu. Kemudian pada 27 Februari, bekalan pertama vaksin Sinovac dari China pula tiba ke tanah air. Pada 18 Mac hadapan, pemberian vaksin Sinovac akan akhirnya dimulakan dengan Khairy Jamaluddin menjadi penerima pertama.
Imunisasi akan dilakukan di Hospital Rembau bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin ini selamat digunakan. Berbeza dengan Pfizer BioNTech, vaksin Sinovac boleh disimpan dalam peti sejuk biasa yang digunakan di hospital. Oleh sebab itulah ia akan diberikan kepada penduduk luar bandar. Satu persamaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer BioNTech ialah kedua-duanya memerlukan dua suntikan bagi memastikan imunisasi yang lengkap.
Selain vaskin keluaran Pfizer-BioNTech dan Sinovac, Malaysia turut akan menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford, CanSinoBIO dan Sputnik V. Kesemua vaksin telah dibuktikan mampu mengelakkan jangkitan Covid-19 dengan keberkesanan mencecah 95%.