Keselamatan sistem komputer persendirian dan syarikat-syarikat biasanya bergantung kepada komuniti-komuniti sekuriti digital yang mencari dan berkongsi vektor serangan penggodam sebelum ia merebak ke banyak syarikat-syarikat lain.
Terkini, sebuah laporan keluaran Kaspersky Labs mengatakan bahawa walaupun kebanyakan serangan penggodam dihalang menggunakan maklumat yang didapati daripada komuniti sekuriti ini, 52 peratus daripada 5200 profesional IT yang bekerja di syarikat-syarikat besar mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan berkongsi butran serangan penggodam kepada komuniti sekuriti.
Laporan tersebut memperlihatkan bahawa hanya 44 peratus daripada mereka yang berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai serangan godaman baru, dimana kebanyakannya memberi alasan tidak dibenarkan berkongsi maklumat tersebut oleh syarikat-syarikat tersebut.

Walaupun begitu, untuk syarikat-syarikat yang membenarkan perkongsian maklumat ini, 77 peratus daripada mereka berkongsi maklumat ini kepada komuniti-komuniti mereka, tidak kira di forum ataupun di media sosial.
Ketidaksediaan syarikat-syarikat ini berlaku kerana mereka risau bahawa ia akan menyebabkan penggodam mencari vektor baru untuk menyerang sistem IT syarikat tersebut.
Oleh kerana ini, Kaspersky Labs telah memperkenalkan sebuah cara untuk berkongsi laporan serangan secara awanama di platform Kaspersky Threat Intelligence Portal mereka. Ini membolehkan penggiat keselamatan digital ini untuk memperkenalkan vektor serangan baru tanpa sebarang kompromi terhadap siasatan syarikat itu sendiri.
Jika anda ingin membaca laporan penuh Kaspersky, anda boleh membacanya di sini.