Oppo Find X3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ini

Oppo Find X3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2021 oleh .

Oppo Find X3 Pro dilancarkan minggu lalu dan kami memberikannya markah yang tinggi dalam ulasan yang telah diterbitkan. Menerusi peranti ini Oppo menunjukkan mengapa mereka kini pengeluar dengan pasaran terbesar di China selepas memintas Huawei dan mendominasi pasaran Asia Tenggara. Kombinasi spesifikasi yang tinggi dengan rekaan yang menarik nampaknya menjadi.

Bagi yang menantikan pelancaran Find X3 Pro di Malaysia, pihak Oppo Malaysia mengesahkan ia akan berlaku dalam bulan ini. Walaupun tarikh sebenar tidak diumumkan, ia sebenarnya bukannya misteri yang sukar dijawab. Di acara pelancaran Find X3 Pro yang lalu, pihak Oppo telahpun mengatakan tarikh jualan tahap global adalah pada 30 Mac. Maka kita boleh mengagak seperti Detektif Conan baharu ini juga tarikh jualan Malaysia. Misteri kini hanyalah harga tempatan. Di Eropah harga jualannya ialah sekitar RM5647 sebuah.


Paling Popular