Realme Menjual Bateri AA Dan AAA Di India

Realme Menjual Bateri AA Dan AAA Di India

Diterbitkan pada Mac 15, 2021 oleh .

Realme sedia memperluaskan penawaran mereka meliputi beberapa produk gaya hidup sejak kebelakangan ini. Terbaru, Realme turut telah mula menawarkan bateri alkalina dengan saiz AAA atau AA untuk pasaran India.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa peralatan elektronik masih bergantung kepada penggunaan bateri dengan pilihan saiz ini – termasuk seperti alat kawalan jauh, pencukur, atau berus gigi elektrik.

Realme turut mengatakan bateri mereka ini menawarkan kapasiti lebih 25% berbanding beberapa bateri AA atau AAA biasa.

Seperti beberapa produk lain dibawah Realme, ia juga turut hadir dengan rekaan memfokuskan penggunaan warna kuning padanya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dan kita mungkin melihat diperkenalkan untuk pasaran luar India secara berperingkat selepas ini.


Paling Popular