Carian
Media Prima Tawar Akses Sewa Filem Pada Harga Serendah RM1 Melalui Tonton Cinema
March 16, 2021 Aman

Media Prima kini dilihat telah hadir dengan penawaran perkhidmatan penstriman filem baru, dinamakan sebagai Tonton Cinema.

Tonton Cinema merupakan variasi perkhidmatan berbayar yang ditawarkan oleh Media Prima – dan merupakan salah satu kaedah untuk menjana pendapatan berbanding Tonton utama yang ditawarkan secara percuma.

Tonton Cinema membolehkan pengguna menyewa pelbagai filem, dan menontononnya dalam tempoh 48 jam selepas menyewanya.

Tonton Cinema ini  telah dilancarkan secara rasminya pada 14 Mac 2021, dan bersempena dengan pengenalan perkhidmatan penstriman baru ini, pihak Media Prima menawarkan diskaun untuk menyewa filem – pada harga serendah RM1.

Melalui percubaan kami, pembelian perlu melalui proses pembayaran menggunakan perbankan atas-talian, sebelum anda dapat menonton filem penuh. Pengguna juga boleh menonton tiga minit terawal setiap filem secara percuma sebelum memilih untuk menyewanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri Tonton Cinema dengan ke laman rasminya, atau dengan menggunakan aplikasi mudah-alih Tonton Cinema di Android dan iPhone.

Komen