Alibaba akhir-akhir ini menerima tekanan daripada kerajaan China disebabkan beberapa perkara. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Alibaba turut menerima tekanan daripada kerajaan China untuk melupuskan pegangan mereka pada syarikat media.
Dengan perubahan ini, ia akan mengelak Alibaba daripada mengawal atau mempengaruhi orang ramai melalui penerbitan mereka. Aset media juga boleh digunakan dalam mempengaruhi dan mengawal sentimen orang ramai berkaitan sesuatu polisi kerajaan.
Pada hari ini, Alibaba mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat berkaitan dengan media, termasuk penerbitan filem dan sebagainya. Salah satu penerbitan popular yang dimiliki mereka adalah South China Morning Post atau SCMP.
Disamping itu, Alibaba juga turut mempunyai pegangan pada beberapa penerbitan lain, seperti 36kr dan sebagainya.
Ia turut menjadi tanda tanya sama ada platform media sosial seperti Youku dan Weibo serta beberapa yang lain. Ia tidak diketahui sama ada platform ini turut tertakluk dibawah permintaan baharu ini.
Buat masa ini, keputusan menyeluruh berkaitan perkara ini masih tidak diketahui – sama ada Alibaba perlu melupuskan keseluruhan pegangan pada aset media, atau sebahagian sahaja, atau sebaliknya. Sebarang perancangan Alibaba dijangka perlu menerima pengesahan pihak China terlebih dahulu.