Tahun lalu ZTE Axon 20 5G menjadi peranti pertama dengan kamera swafoto di belakang skrin. Rekaannya yang unik membuatkan ia peranti yang kelihatan hampir tiada bingkai sepenuhnya. Seterusnya ZTE Axon 30 Pro 5G pula akan menjadi telefon pintar pertama dengan tiga kamera utama menggunakan sensor 64MP.
Tiga sensor besar serangkai ini disahkan menerusi poster promosi Axon 30 Pro 5G yang dimuat naik ke lama Weibo rasmi syarikat. Ini sedikit sebanyak mengesahkan ura-ura dari Januari lalu yang mengatakan Axon 30 Pro 5G akan dilengkapi kamera sebesar 200 MP. Jika kesemua saiz sensor kamera peranti dikumpulkan, adalah tidak mustahil untuk mencapai angka 200 MP.