iOS Mungkin Akan Menawarkan Tampalan Sekuriti Secara Berasingan Dari Sistem Operasi

Diterbitkan pada Mac 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tampalan sekuriti diberikan setiap bulan kerana ada sahaja kerentanan yang ditemui pada sistem operasi setiap kali versi baharu diberikan. Secara lazimnya tampalan sekuriti diberikan bersama dengan versi sistem operasi terkini pada peranti iOS. Ini menimbulkan dilema kepada mereka yang mungkin tidak mahu memuat turun sistem operasi terkini yang masih mempunyai pepijatnya tersendiri.

Menurut 9to5Mac, selepas iOS 14.5 Apple mungkin akan memberikan tampalan sekuriti secara berasingan dari kemas kini sistem operasi menerusi kod yang ditemui pada versi Beta. Ini memberikan beberapa kelebihan kerana iPhone dengan sistem operasi yang tidak disokong masih boleh menerima tampalan sekuriti sekiranya perlu. Malahan sistem yang sama sudahpun wujud pada macOS. Hanya minggu lalu kemas kini mengejut iOS 14.4.2 diberikan untuk menampal kerentanan WebKit. Semata-mata menampalnya, versi iOS baharu perlu dihasilkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami