Menangi iPhone 12 Pro Dengan Melanggan Astro & Broadband Pada Harga Serendah RM129/Sebulan

Diterbitkan pada Mei 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Internet yang laju dan stabil bukan lagi menjadi simbol kemewahan. Hal ini adalah kerana pada zaman sekarang ia adalah keperluan bagi kita semua. Sekarang, dengan Astro & Broadband, anda boleh menikmati internet dengan komitmen serendah RM129/sebulan sahaja. Dibawah pakej Astro & Broadband ini, anda boleh memilih beberapa pelan internet jalur lebar bermula dengan pelan 30Mbps hingga 800Mbps mengikut kesesuaian minat dan bajet anda. Jadi melalui penawaran ini, hiburan anda bukan sahaja terhad kepada tontonan filem dan rancangan di televisyen sahaja, tetapi anda juga boleh menikmati rangkaian internet yang pantas tanpa had sekaligus membantu anda untuk meningkatkan lagi produktiviti harian, terutamanya apabila anda bekerja dari rumah.

Apa Lagi Kelebihan Astro & Broadband?

Anda Dapat Naik Taraf ke Ulti Box Dan Akses Saluran Televisyen Secara Percuma

Baru-baru ini, Astro telah melancarkan Ulti Box, iaitu sebuah kotak TV beresolusi HD yang terbaru. Sekiranya anda adalah pelanggan Astro & Broadband yang baru, anda boleh menikmati Ulti Box ini secara percuma dan dapat mengakses saluran percuma kerana pakej yang anda pilih akan dinaiktaraf. Melaluinya, pelbagai ciri-ciri menarik ditawarkan seperti rakaman awanan, fungsi Play From Start, dapat mengakses sehingga 60,000 saluran Video On Deman (VOD) dan banyak lagi. Sebagai contoh, sekiranya anda melanggan pelan jalur lebar 30Mbps bersama Family Pack yang menawarkan lebih daripada 50 saluran, anda akan dinaiktaraf kepada Starter Pack secara percuma dan dalam masa yang sama dapat menikmati saluran popular mereka termasuklah Astro Warna, Astro Citra, Naura dan sebagainya. Sangat berbaloi, bukan?

Malah, untuk pengetahuan anda juga, anda boleh menaiktaraf kepada Ultra Box secara percuma dan menikmati kandungan televisyen satelit beresolusi 4K UHD di rumah jika anda memilih jalur lebar dengan kelajuan 100Mbps melalui pakej Value Pack dan ke atas.

Strim Video On Demand Mengikut Kesesuaian Masa Anda Secara Percuma

Sebanyak 60,000 tayangan video yang anda boleh nikmati melalui On Demand. Ia juga memberi anda fleksibiliti kepada waktu untuk anda menonton rancangan kegemaran dengan hanya sambungkan kotak Astro & Broadband sahaja. Kemudian, anda hanya perlu untuk pilih dan tonton kandungan kegemaran anda pada bila-bila masa.

Kemudahan Untuk Menguruskan Kesemua Pembayaran Di Dalam Satu Bil

Melalui Astro & Broadband, anda tidak perlu risau untuk membuat pembayaran daripada berlainan bil kerana anda boleh membuat kesemua jenis pembayaran dalam satu bil sahaja. Ini sekaligus membantu untuk menjimatkan masa dan memudahkan transaksi pembayaran anda.

Berpeluang Memenangi Apple iPhone 12 Pro Dan Baucar Digital Grab Food Secara Percuma Bernilai Lebih RM145,000

Dengan melanggan pelan ini, selain daripada kelebihan yang telah disebut di atas, anda juga boleh menikmati pemasangan percuma dan satu bulan jalur lebar (broadband) secara percuma yang bernilai sehingga RM299 apabila anda membuat pendaftaran secara atas talian. Dengan hanya harga langganan serendah RM129 setiap bulan, anda layak untuk menyertai pertandingan daripada Astro dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Malah seramai 20 peserta juga akan dipilih untuk menjadi pemenang bagi hadiah Apple iPhone 12 Pro yang bernilai RM4899 dan 480 pelanggan yang lain akan memenangi Baucar Digital Grab Food yang bernilai RM100 setiap seorang. Hadiah kesemuanya bernilai melebihi RM145,000. Untuk menyertainya, anda perlu melanggan pakej Astro & Broadband. Untuk mendaftar, anda boleh lakukannnya melalui laman rasmi Astro, atau hantar “HI” ke 03-9543 3838 melalui WhatsApp. Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Mei kelak.

Jadi, daftar Astro & Broadband sekarang untuk memenangi hadiah-hadiah ini dan jadi yang terawal untuk memenanginya sementara tarikh pertandingan masih berjalan.

Penafian: Advertorial daripada Astro

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami