Cari @ Amanz

Huawei kini mengatakan mereka akan mula mengenakan caj terhadap beberapa syarikat teknologi seperti Apple dan Samsung sebagaii yuran akses kepada sejumlah paten 5G yang digunakan syarikat berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan Huawei menjana lebih pendapatan melalui pelbagai paten 5G yang dimiliki mereka.

Huawei menyasarkan untuk menerima bayaran, walaupun dihalang oleh Amerika Syarikat daripada penggunaan perkakasan rangkaian mereka. Halangan ini bagaimanapun tidak memberikan impak terhadap pelesenan paten. Huawei turut dilihat mengenakan caj kurang daripada pesaing seperti Qualcomm, Nokia dan Ericsson. Huawei dijangka mengenakan  sekitar $2.50 yuran royalti untuk setiap telefon 5G.

Untuk makluman, menjadi kebiasaan untuk syarikat membayar syarikat lain sebagai yuran royalti penggunaan sesuatu teknologi yang telah dipatenkan. Dengan langkah ini, ia membolehkan syarikat lain turut menawarkan ciri berkaitan dan tidak eksklusif kepada hanya satu pengeluar sahaja.

Dengan angka jualan peranti 5G yang dijangka meletus dalam tahun-tahun akan datang, pendapatan melalui paten 5G ini dijangka akan menguntungkan pihak Huawei yang sedia menerajui arena berkenaan. Pendapatan ini juga dijangka akan dilaburkan untuk pembangunan pelbagai teknologi rangkaian akan datang oleh Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd