Media sosial adalah cabaran besar bagi ibu bapa moden. Bilakah usia yang sesuai untuk mereka mempunyai akaun peribadi dan sejauh manakah kebebasan yang diberikan. Ini ialah isu besar kerana isu antun kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Instagram sebagai platform popular di kalangan remaja telah mengemaskini polisi bagi mengehadkan interaksi antara pengguna bawah umur dan pengguna dewasa.
Antara polisi baharu ialah pengguna dewasa tidak boleh menghantar mesej peribadi (DM) kepada pengguna remaja tak tidak mengikuti akaun mereka. Pengguna remaja juga akan diberikan pilihan untuk menghalang, mengurangkan interaksi dan melaporkan apabila DM yang tidak disenangi diterima. Saranan untuk tidak menjawab mesej yang insan yang tidak dikenali juga akan diberikan.
Apabila akaun baharu dibuka, Instagram akan menyarankan supaya akaun dikunci dari tontonan semua. Sekali lagi Instagram akan memberikan sebab mengapa ini ialah langkah yang paling baik untuk mereka. Sistem kecerdasan buatan juga akan mengesan akaun dewasa yang mecurigakan. Ini mungkin dalam bentuk menghantar mesej serta permintaan mengikut akaun pengguna bawah 18 tahun.
Ciri ini akan diperkenalkan di beberapa negara terpilih yang tidak pula diumumkan dengan pengaktifan di peringkat global akan diberikan secara berperingkat dalam bulan-bulan mendatang.