iQOO Neo 5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 870 Dan Skrin 120Hz
Aman
iQOO kini telah memperkenalkan telefon terbaru mereka dibawah siri Neo, iaitu iQOO Neo 5 5G.
iQOO Neo 5 ini hadir dengan skrin 6.62-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Melengkapkan peranti ini adalah kamera utama 48-megapixel dibelakang, dengan sensor 13MP ultra-lebar, 2MP mono, selain kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.
Telefon pintar ini menggunakan bateri 4400mAh dengan pengecasan 66W, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.
Buat masa ini, iQOO Neo 5 5G hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan ditawarkan pada harga bermula 2499 Yuan, iaitu sekitar RM1580 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.