Google Mengurangkan Cukai Kedai Aplikasi Kepada 15% Untuk Pendapatan $1 Juta Pertama

Diterbitkan pada Mac 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini mengumumkan mereka akan mengurangkan cukai kedai aplikasi Google Play Store kepada 15% untuk pembangun dengan pendapatan sejuta pertama (USD$1 juta).

Dengan langkah ini, Google mengurangkan separuh cukai mereka daripada 30% sebelum ini kepada 15% – sekaligus membolehkan pembangun untuk menjana lebih pendapatan, dan melabur lebih dalam pembangunan dan promosi aplikasi mereka.

Untuk pendapatan melebih $1 juta, ia akan tertakluk kepada potongan cukai 30% seperti sebelum ini sebagai yuran perkhidmatan.

Sebelum ini, Apple telah mengumumkan perkara lebih kurang sama – tetapi bukan untuk sejuta pertama, sebaliknya untuk pembangun dengan pendapatan kurang $1 juta setahun melalui App Store.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami