Cari @ Amanz

Komputer Vaio Z Signature Edition Dengan CPU Intel Tiger Lake H Dan Rangka Gentian Karbon Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM18,088

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jenama komputer riba Vaio dikenali sedekad-dua lepas sebagai model komputer riba dibawah nama Sony. Ia kemudiannya dijual dan kini menjadi jenamanya sendiri, dan memfokuskan kepada pembangunan komputer riba yang memfokuskan kepada produktiviti pejabat.

Terkini, Vaio telah melancarkan komputer riba terbaru mereka, yang dinamakan Vaio Z Signature Edition yang boleh dikatakan ialah komputer riba paling premium mereka setakat ini.

Bermula dengan spesifikasi dalaman, Vaio Z Signature Edition ini hadir dengan panel IPS LCD bersaiz 14 inci dan mempunyai resolusi 4K (3840×2160) dan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-11375H dengan memori DDR4 sebanyak 32GB dan storan SSD NVMe PCIe sebesar 2TB. Dari segi grafik, ia menggunakan cip pemprosesan grafik Intel Iris Xe terbina didalamnya.

Dari segi pilihan I/O pula, Vaio Z Signature edition ini dilengkapi dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.0, satu palam USB4 dengan kelajuan 20Gbps, satu palam HDMI dan palam audio 3.5mm.

Jenama Vaio dikenali untuk rekaan minimalis mereka, dan untuk meningkatkan tahap premium komputer riba ini, rangka luarannya dibina menggunakan gentian karbon yang bukan sahaja memberinya estetik yang cantik, tetapi mengurangkan berat komputer riba ini, dimana ia seringan 1.06kg.

Pra-tempah untuk komputer riba Vaio Z Signature Edition ini sudahpun dibuka melalui laman web Vaio Malaysia, dan boleh didapati pada harga tidak mesra dompet RM18,088.


Komen ()