Cari @ Amanz

Intel baru melancarkan siri CPU desktop generasi ke-11 mereka, Rocket Lake, dan sejumlah jenama-jenama komputer telahpun dilihat mula mengemaskini model-model mereka dengan siri CPU baru ini.

Diantaranya ialah Dell, dimana Dell Malaysia mengumumkan kemaskini kepada dua model komputer desktop mereka, iaitu desktop gaming Alienware Aurora R12 dan juga Dell XPS Desktop.

Bermula dengan Alienware Aurora R12, komputer desktop ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Rocket Lake dan keatas, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD NVMe PCIe 512GB dengan 1TB dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti.

Beralih kepada Dell XPS Desktop, komputer desktop ini juga dikuasakan pilihan CPU Intel Rocket Lake, bermula dari model Intel Core i5, memori DDR4 8GB, storan SSD NVMe PCIe sebanyak 512GB dan dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Super.

Menurut Dell Malaysia, laman web mereka akan dikemaskini dengan penawaran Alienware Aurora R12 dan Dell XPS Desktop terbaru pada penghujung bulan ini, dimana pengguna akan boleh mula membelinya. Alienware Aurora R12 akan hadir dengan harga permulaan RM6699, manakala Dell XPS Desktop mempunyai tanda harga permulaan RM3699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd