Jom Belajar Rahsia Kepimpinan Apple Dan Tesla – Daftar Percuma Sekarang

Jom Belajar Rahsia Kepimpinan Apple Dan Tesla – Daftar Percuma Sekarang

Diterbitkan pada Mac 24, 2021 oleh .

E-Nation 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akan berlangsung pada 31 Mac 2021. E-Nation merupakan sebuah persidangan yang dimulakan pada tahun 2019 dan telah berjaya menyatukan lebih daripada 5,000 peserta yang terdiri daripada para usahawan, pelabur, pemimpin, ahli akademik serta ramai lagi. Bagi tahun lalu, E-Nation telah berjaya menghubungkan lebih daripada 2,000 peserta secara maya yang terdiri daripada para usahawan, para penggalak ekosistem (ecosystem influencers) dan pemimpin untuk bertukar idea dan pendapat serta memupuk semangat keusahawanan dalam diri para peserta. Seramai 65 orang panel dan moderator yang turut hadir, seperti bekas PKS Inovasi dan Ekonomi Digital Perancis, Fluer Pellerin, Ketua Google Malaysia, Marc Woo dan ramai lagi.

Bagi simposium E-Nation 2021 pula, ia akan dijalankan dengan tiga pecahan siri bersama satu sesi persidangan secara maya. Tiga siri simposium ini mempunyai temanya yang tersendiri, iaitu (i) Innovative Leadership by Design, (ii) People, Planet, Profit – The Art of Balance dan (iii) Tech for Good. Manakala persidangannya pula bakal membawakan topik berkenaan Future Fast: Thriving for a Better Tomorrow. Setiap siri simposium ini akan dijalankan pada setiap suku tahun, yang mana siri yang pertama akan bermula pada 31 Mac ini, diikuti pula oleh siri kedua pada 24 Jun, dan siri ketiga pada 26 Ogos dan kemudiannya diakhiri oleh acara kemuncak Persidangan E-Nation pada 28 dan 29 Oktober 2021.

Antara penceramah yang akan menyertai simposium untuk siri pertama ini adalah seperti bekas Pengarah Pembelajaran dan Pembangunan Tesla, Beth Davies, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus dan ramai lagi. Melalui simposium ini juga anda boleh mendapatkan bimbingan, menghadiri pameran projek dan juga boleh bersuai kenal dengan para peserta, pelabur dan juga pakar-pakar dalam bidang keusahawanan. Jadi, sekiranya anda seorang ahli korporat, atau syarikat pemula yang mempunyai idea kreatif dan berinovatif serta dalam masa yang sama inginkan pendapat atau tunjuk ajar daripada para pakar, bolehlah mendaftar melalui laman rasmi MaGIC. Orang awam juga dialu-alukan untuk menyertai simposium ini bagi memeriahkan lagi acara tahunan E-Nation 2021.

Semenjak pandemik melanda dunia, ia sedikit sebanyak telah membuka mata kita semua untuk sentiasa bersedia menghadapi rintangan dan menyesuaikan diri terhadap perubahan cara kerja mengikut arus pemodenan dan teknologi. Oleh sebab itulah, simposium E-Nation ini penting kepada para usahawan agar mereka diberikan tunjuk ajar yang intensif dan melatih diri agar sentiasa kreatif dalam menghasilkan inovasi yang dapat membantu syarikat pemula mereka. MaGIC sentiasa bersedia untuk membantu para usahawan dan penggerak ekosistem dalam membangunkan syarikat pemula yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menangani pelbagai jenis rintangan yang mengikuti perubahan cara kerja teknologi moden.

Daftar Dan Sertai Secara Percuma: Simposium E-Nation 2021

Penafian: Advertorial daripada MaGIC


TIPS & ULASAN