Spesifikasi Realme 8 Pro Tertiris – Masih Menyerupai Realme 6 Pro

Spesifikasi Realme 8 Pro Tertiris – Masih Menyerupai Realme 6 Pro

Diterbitkan pada Mac 17, 2021 oleh .

Seperti sedia maklum, Realme kini dalam perancangan untuk pengenalan peranti baharu di bawah siri Realme 8. Jenama ini dipercayai hadir dengan sekurang-kurangnya dua model berbeza – iaitu Realme 8 dan juga Realme 8 Pro.

Jika sebelum ini, terdapatnya laporan yang mengatakan Realme 8 dipercayai hadir dengan cip MediaTek Helio G95. Terkini, giliran spesifikasi Realme 8 Pro pula tertiris – di mana ia memperlihatkan peranti pintar ini dipercayai menggunakan cip yang sama dengan Realme 6 Pro dan Realme 7 Pro sebelum ini. Cip yang dimaksudkan adalah Snapdragon 720G.

Bukan itu sahaja, Realme 8 Pro juga bakal hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, bateri 4500mAh bersama pengecasan SuperDart Charge 50W dan kuad-kamera utama dengan sensor 108-Megapixel dibelakang. Seterusnya, ia juga dilihat mempunyai paparan hadapan berlubang dengan lensa tunggal – tetapi masih tidak diketahui mengenai tetapan sensor ini.

Mungkin akan ada di antara pengguna yang akan merasa sedikit kecewa dengan perkara ini – berikutan penggunaan cip yang sama sejak dua tahun yang lalu. Bagaimanapun, perkara ini mungkin berlaku disebabkan krisis kekurangan cip yang bakal mendatangkan impak ke atas pengeluaran peranti Realme. Meskipun begitu, masih terdapat penambahbaikan yang dibuat – di mana, sokongan kameranya kini lebih besar iaitu 108-Megapixel.


Paling Popular