Carian
Khairy Jamaluddin Memperlihatkan Laman Pengesahan Vaksinasi MySejahtera Dengan Tarikh Sesi Vaksinasi Pertama
March 17, 2021 β€’ Nazrin

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sedang berjalan, dimana pekerja barisan hadapan sedang menerima suntikan imunisasi terhadap wabak COVID-19 sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei kelak.

Terkini, Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah memperlihatkan laman pengesahan vaksinasi beliau di aplikasi MySejahtera yang memperlihatkan butiran khusus mengenai sesi imunisasi pertamanya.

Selepas pengesahan kelayakan menerima suntikan imunisasi, rakyat akan menerima butiran temujanji seperti lokasi penerimaan suntikan tersebut, tarikh suntikan dan julat waktu suntikan tersebut akan diberikan.

Secara teknikalnya rakyat tidak boleh memilih suntikan vaksin yang akan diterima, tetapi untuk Khairy, beliau akan disuntik dengan vaksin Sinovac keluaran syarikat perubatan dari China. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi jika semua suntikan di Hospital Rembau akan menerima vaksin yang sama.

Komen