OnePlus Watch Tidak Akan Menggunakan Wear OS

OnePlus Watch Tidak Akan Menggunakan Wear OS

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

OnePlus sedia mengacah pengenalan jam tangan pintar pertama mereka secara rasminya pada minggu hadapan, 23 Mac kelak. Perkara ini semestinya membuatkan ramai tertanya berkenaan sistem operasi yang digunakan, dan sokongan yang bakal dibawakan oleh  jam tangan pintar ini.

Menyentuh mengenainya, kini CEO OnePlus mengesahkan yang mana OnePlus Watch tidak akan menggunakan Wear OS daripada Google. Sebaliknya, ia akan menggunakan sistem operasi tersendiri.

CEO OnePlus mengatakan langkah ini diambil dalam usaha menawarkan pengalaman yang lebih baik, termasuk masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Apa pun, perkara ini ungkin membuatkan sokongan aplikasi pihak ketiga yang terhad – tidak seperti yang ditawarkan oleh jam tangan pintar berasaskan Wear OS.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 23 Mac ini untuk melihat sendiri kejutan jam tangan pintar daripada pihak OnePlus.


Paling Popular