Polisi Facebook Group Dikemaskini Dengan Memberikan Amaran Dan Menghalang Pengguna Yang Melanggar Terma

Polisi Facebook Group Dikemaskini Dengan Memberikan Amaran Dan Menghalang Pengguna Yang Melanggar Terma

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

Isu terbesar di Malaysia sekarang ialah penyebaran maklumat palsu mengenai Covid-19 dan vaskin. Ramai yang terpedaya dengan tuduhan yang tidak berasas sehingga enggan mendapatkan vaksin di bawah PICK yang sedang berlangsung sekarang. Facebook menyedari masalah ini pada platform mereka dan kini mengemaskini polisi penggunaan Facebook Group bermula hari ini.

Group yang didapati melanggar terma dan syarat laman akan diberikan amaran. Kemudian penebarannya kepada pengguna lain akan dihadkan. Algoritma Facebook selama ini ialah menyarankan Group yang popular di kawasan tertentu kepada pengguna yang berhampiran. Dengan halangan ini Group yang tular tetapi kerana isu yang negatif dapat dikekang dari menjadi semakin tular untuk menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Facebook akan juga memberikan amaran kepada pengguna yang ingin menyertai Group yang bermasalah supaya berfikir terlebih dahulu.

Seterusnya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pengguna yang kerap melanggar terma dan syarat Group. Mereka ini akan dihalang dari memuat naik status dalam semua Group selepas dikenakan tindakan ini. Mereka juga dihalang dari membuka dan menjemput pengguna lain untuk menyertai Group baharu. Dengan kesemua polisi baharu ini, Facebook berharap platform mereka akan menjadi lebih selamat untuk digunakan kerana mengehadkan penyebaran yang lebih mudarat dari manfaat.


Paling Popular