Apple Dijangka Memperkenalkan iPad Baharu Dengan Sambungan Thunderbolt Seawal April

Apple Dijangka Memperkenalkan iPad Baharu Dengan Sambungan Thunderbolt Seawal April

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

Apple kini dilaporkan merancang memperkenalkan iPad baharu seawal bulan April 2021 ini.

Apple dijangka mengemaskini siri iPad Pro, dengan menawarkan cip pemprosesan terkini dan hadir dengan pilihan saiz skrin 11-inci dan 12.9-inci. iPad Pro baharu ini turut dijangka hadir dengan keamskini pada bahagian kamera.

iPad Pro ini juga dijangka hadir dengan sambungan berasaskan Thunderbolt – sekaligus memudahkan sambungan ke sejumlah peranti di pasaran hari ini.

Selain untuk iPad Pro, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini ke sejumlah produk mereka pada tahun ini – terutamanya dalam peralihan Mac ke penggunaan cip pemprosesan mereka tersendiri.


Paling Popular