Carian
WhatsApp Menamatkan Sokongan Untuk iPhone Dengan Sistem Operasi Sebelum iOS 10
March 18, 2021 Aman

WhatsApp kini telah mengemaskini keperluan sistem operasi untuk menggunakan aplikasi mereka, memerlukan pengguna iPhone menjalankan sistem operasi iOS 10 dan yang terkini.

Dengan kemaskini terbaru WhatsApp ini juga, ia secara tidak langsung menamatkan sokongan untuk iPhone 4s yang tidak boleh dinaik-taraf ke iOS 10.

Bagi anda yanng menggunakan sistem operasi sebelum iOS 10, anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua terlebih dahulu dan beralih ke peranti dengan sistem operasi terbaru. 

Komen