Siri Asus ZenFone 8 Bakal Tiba, Dijana Snapdragon 888, Skrin 120Hz Dan Kamera 64MP

Siri Asus ZenFone 8 Bakal Tiba, Dijana Snapdragon 888, Skrin 120Hz Dan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

Asus ROG Phone 5 adalah siri peranti mercu baharu Asus untuk tahun ini. Ia dijana dengan cip Snapdragon 888, mempunyai skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, sistem pengecasan pantas 65W dan versi Pro dan Ultimate mempunyai sokongan skrin sekunder di belakang. ROG adalah siri peranti gaming Asus, di mana ZenFone adalah siri peranti biasa Asus. Terkini, sedikit butiran mengenai siri Asus ZenFone 8 telah tertiris.

Siri Asus ZenFone 8 akan mempunyai tiga peranti setakat yang pihak XDA temui dalam kod pembangunan Android dari ROG Phone 5. Peranti-peranti ini menggunakan nama “SAKE”, “PICASSO”, “VODKA”, “SAKE_PLUS” dan “VODKA_PLUS”. Kesemua peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 888, dua dari peranti ini akan menggunakan nama Mini dan Flip. Asus ZenFone 8 Mini dengan kod nama SAKE disenaraikan akan menggunakan skrin 5.92-inci AMOLED 120Hz, resolusi FHD+ dan kamera 64MP yag ditemani dengan sensor Sony IMX663.

Asus Zenfone 5

Model seterusnya dengan kod nama PICASSO, skrin adalah FHD+ dengan panel AMOLED bersaiz 6.67-inci dan mempunyai tetapan kuad-kamera 64MP + 12.2MP + 24MP + 8MP – di mana ini mungkin adalah versi Flip yang memfokuskan kamera seperti ZenFone 7 Pro. Model yang lain masih menjadi misteri.

Dengan banyak jenama sedang berlumba untuk melancarkan peranti pada suku pertama 2021 ini, adakah Asus akan turut serta atau kita hanya akan lihat peranti ini dilancarkan pada suku kedua pula? Sama-sama kita nantikan.


Paling Popular