Carian
Huawei Assistant Kini Memaparkan Skor Perlawanan Dota 2, LoL Dan CS: Go Dari Pasukan E-Sukan
March 18, 2021 Fahim Zahar

Huawei Assistant adalah jawapan Huawei kepada Google Discoveries. Di sesetengah negara seperti Malaysia, di mana pembantu digital Huawei tidak boleh digunakan – Huawei Assistant yang boleh diakses dari pelancar di skrin utama adalah satu-satunya “pembantu” digital Huawei. Seperti sebelum ini, ia boleh memaparkan skor sukan, cuaca, kalendar dan banyak lagi.

Terkini, Huawei telah mengintegrasikan skor perlawanan dari pasukan e-sukan yang bermain permainan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), Defense of the Ancients 2 (DOTA 2) dan League of Legends (LoL). Melalui integrasi ini, pengguna boleh mengikuti perkembangan terkini pasukan e-sukan kegemaran masing-masing dari perlawanan akan datang, skor terkini, berita dan banyak lagi.

Pautan ke penstriman secara langsung seperti ke Twitch, YouTube, Facebook Gaming dan banyak lagi turut akan disediakan. Fungsi ini dikatakan boleh diakses oleh pengguna global dalam kemaskini terbaru.

Komen