Samsung Galaxy S21 Ultra merupakan telefon pintar yang pertama dari siri Galaxy S yang hadir dengan aksesori S-Pen, yang mana sebelum ini S-Pen hanya boleh didapati pada siri Galaxy Note sahaja. Melaluinya, anda dapat menikmati penggunaan telefon pintar dengan lebih efisyen melalui penaik tarafan fungsi S-Pen pada telefon Samsung Galaxy S21 Ultra ini. Hal ini sekaligus dapat membantu anda untuk meningkatkan produktiviti harian dengan lebih optimum bagi siri Galaxy S.
Sokongan S-Pen untuk siri telefon pintar Galaxy S21 ini hadir dengan beberapa fungsi yang dapat membantu anda untuk meningkatkan produktiviti. Menurut Samsung, S-Pen ini dapat memberikan pengalaman penggunaan seumpama menggunakan pen yang sebenar kerana ia hadir dengan kadar segar semula 120Hz, dan kadar sentuhan setinggi 240Hz. Jadi apabila anda menulis pada skrin Galaxy S21 Ultra menggunakan S-Pen ini, anda tidak akan mengalami masalah lengah masa pada paparan skrin.
Selain itu, S-Pen untuk Samsung Galaxy S21 Ultra ini juga menyokong fungsi Air Command dimana anda boleh membuat kawalan gestur pada telefon pintar ini tanpa sentuhkan S-Pen pada skrinnya. Ia merupakan sebuah alternatif yang membolehkan anda untuk mengakses aplikasi pada telefon pintar dengan lebih cepat dan mudah. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu arahkan S-Pen menghala ke skrin Galaxy S21 Ultra anda dan tekan butang yang ada pada S-Pen tersebut atau sentuhkan S-Pen pada pilihan Air Command.

S-Pen ini juga menyokong untuk membuat tugasan menulis dan membaca nota menerusi aplikasi Samsung Note, Smart Select untuk bahagian yang ingin dikongsikan kepada rakan atau Screen Write untuk melukis dan menulis nota tambahan untuk hasil tangkapan layar. Selain itu, Live Messages dan AR Doodle juga boleh dibuat iaitu animasikan hasil lakaran anda menggunakan S-Pen, serta membuat penterjemahan. Pada bahagian tetapan pula, anda boleh membuat tetapan menggunakan S-Pen. Antara tetapan yang boleh dibuat adalah Bixby Vision yang boleh membuat pengecaman imej dan penterjemahan teks, Magnify untuk besarkan paparan skrin, tetapan Glance untuk kecilkan dan besarkan aplikasi, PENUP untuk kongsikan dan lihat karya seni serta banyak lagi fungsi lain.
Walau bagaimanapun, S-Pen ini dijual secara berasingan kepada pengguna. Malah, siri Galaxy S21 Ultra juga tidak mempunyai slot untuk meletakkan S-Pen ini. Oleh sebab itulah Samsung menawarkan kerangka khas untuk telefon pintar ini yang terdiri daripada 8 jenis variasi. Antara kerangka yang ditawarkan adalah terdiri daripada Clear Protective Cover, Clear Standing Cover, Smart Clear Protective Cover, Clear Standing Cover, Smart Clear View Cover, dan banyak lagi.


Jadi, sekiranya anda membeli siri Galaxy S21, anda berpeluang untuk mendapatkan aksesori Samsung dengan potongan harga sebanyak 50% yang sudahpun berlangsung bermula 12 Mac lalu sehingga 30 April 2021 kelak. Malah, anda juga berpeluang untuk mendapatkan barangan Samsung secara percuma seperti Galaxy Fit2, SmartTag dan Wireless Charger Trio yang bernilai RM697 sekiranya membeli siri Samsung Galaxy S21 sebelum 31 Mac 2021. Namun, kesemuanya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Samsung Malaysia. Oleh itu, beli siri Samsung Galaxy S21 sekarang dan dapatkan hadiah percuma serta potongan harga untuk aksesori telefon pintar ini sementara stok masih ada.
Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia