Harga Jualan OnePlus 8 Dan 8 Pro Dikemaskini Bermula Dari RM2199

Harga Jualan OnePlus 8 Dan 8 Pro Dikemaskini Bermula Dari RM2199

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

OnePlus Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro dikemaskini menjadi lebih murah. OnePlus 8 versi 8/128GB kini ditawarkan pada harga RM2199 berbanding harga asal RM2899. Sementara itu OnePlus 8 Pro versi 8/128GB pula ditawarkan pada harga RM2999 berbanding harga asal RM3699.

Pengurangan harga dilakukan hampir setahun selepas peranti dilancarkan. Dari segi spesifikasi OnePlus 8 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 256GB UFS 3.0. Ia turut dilengkapi bateri 4510mAh dengan pengecasan nirwayar, dan sokongan kalis air.Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

OnePlus 8 pula hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 4300mAh. OnePlus 8 pula hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.


Paling Popular