Carian
Oppo Find X3 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 25 Mac
March 18, 2021 Amy Maizuraa

Oppo Find X3 Pro baru sahaja diperkenalkan sekitar 11 Mac yang lalu dan ia kini bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan pula pada minggu hadapan. Menerusi perkongsian pihak Oppo Malaysia, acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 25 Mac 2021 bermula jam 4 petang menerusi laman Facebook rasmi mereka. Seperti biasa, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya.

Untuk spesifikasi, Oppo Find X3 Pro didatangkan dengan paparan berukuran 6.7-inci AMOLED WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz adaftif. Seterusnya, ia juga dijana cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong pengecasan nirwayar AirVOOC 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Melengkapi peranti adalah sokongan kamera yang unik pada bahagian belakang. Ia menempatkan kamera lensa lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 50MP, telefoto 13MP dan mikro 3MP. Manakala, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel.

Ini akan menjadi peranti mercu paling terkini Oppo yang bakal bersaing dengan siri iPhone 12 dan Samsung Galaxy S21 sebelum ini. Buat masa ini harganya masih kekal menjadi rahsia, tetapi kita mungkin boleh menyasarkan harganya di bawah RM6,000 kelak ketika pelancaran.

Komen