Cari @ Amanz

Tepat jam 3 petang tadi, filem Justice League : The Snyder Cut mula boleh distrim oleh pengguna HBO Go di Asia. Tetapi sejurus selepas pintu banjir dibuka, HBO Go kini mengalami gangguan dan tidak boleh diakses. Sekiranya aplikasi dibuka, ia akan memberikan amaran bahawa pengguna tidak bersambung ke Internet. Pada televisyen pintar pula pengguna akan dilog keluar dan proses untuk log semula tidak boleh dilakukan. Di pelayar web, laman hanya menunjukkan skrin hitam seperti hati hati The Joker.

Jelas sekali gangguan ini berkait rapat dengan tayangan perdana filem yang amat dinantikan oleh peminat filem DCEU dan Zack Snyder. Sehingga artikel ini ditulis perkhidmatan HBO Go pada kesemua platform yang kami cuba tidak boleh diakses. Kami sendiri ditendang keluar dari perkhidmatan ketika menonton filem lain sebentar tadi secara tiba-tiba. Pihak HBO Go mengeluarkan kenyataan mereka sedang berusaha mengambalikan semula perkhidmatan yang terganggu secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd