Cari @ Amanz

Sony Membuka Pra-Tempahan PlayStation 5 Fasa 4 Pada 19 Mac 2021

Oleh Aman

Link Copied!

Sony Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan mengambil pra-tempahan konsol PlayStation 5 buat kali ke-4 pada 19 Mac 2021 ini, bermula 12 tengah malam.

Pra-tempahan ini akan dilakukan melalui platform Lazada. Pengguna boleh memilih untuk membeli sejumlah aksesori PlayStation 5, selain konsol PlayStation 5 Digital Edition pada harga RM1869, atau PlayStation 5 dengan Ultra HD Blu-ray pada harga RM2299.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh nantikan tengah malam ini, dan melakukan pra-tempahan melalui Lazada, dan mendapatkan konsol generasi baru daripada Sony ini.


Komen ()