Cari @ Amanz

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam perancangan dan bercadang untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan atas-talian.

Langkah pengenalan lesen khas ini dijangka akan melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan jual-beli.

Sehingga tahun lalu, sebanyak 355,676 syarikat atas-talian telah berdaftar dengan SSM, dan kementerian kini akan melaksanakan lesen khas perniagaan berkenaan.

Lesen berkenaan kelak akan memerlukan peniaga untuk mematuhi beberapa syarat, sementara untuk pengguna boleh membeli tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.

Pihak KPDNHEP menyasarkan untuk  melaksanakan lesen khas ini selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd