OnePlus 9R 5G Adalah Peranti Gaming Bajet Untuk Pasaran India

Diterbitkan pada Mac 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada minggu hadapan. Untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, kita sudah tahu yang ia adalah peranti mercu yang dijana cip Snapdragon 888. Kamera Hasselblad, skrin lebih cantik, menyokong pengecasan pantas 65W dan banyak lagi. Tetapi peranti OnePlus 9 yang “murah”, iaitu OnePlus 9R masih menjadi misteri.

Menurut News 18 dalam satu temu ramah bersama Pete Lau, OnePlus 9R atau nama penuh OnePlus 9R 5G adalah peranti yang memfokuskan permua yang akan dijual pada harga mampu milik khusus untuk pasaran India. Ia adalah peranti bajet seakan OnePlus Nord. OnePlus Nord di India dikatakan laris dan diminati ramai, jadi melalui OnePlus 9R pula ia akan hadir dengan rekaan premium, teknologi mirip peranti mercu, pengalaman prestasi seakan peranti mercu dan juga mampu mengendalikan permua yang berat tanpa menghabiskan duit yang banyak.

Jelas di sini, ia mungkin bukan dijana dengan cip Snapdragon 888. Ia mungkin akan menjadi pesaing kepada siri iQoo, yang mana turut memfokuskan permua dan dijual pada harga mampu milik. Harapnya ia bukannya seakan peranti Realme C, iaitu kelas permulaan dengan hasrat boleh fokus ke permua.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami