Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Instagram Untuk Mereka Yang Berumur Dibawah 13 Tahun
March 19, 2021
Aplikasi
Aman
Instagram kini merupakan salah satu aplikasi sosial yang popular, dan ditawarkan kepada mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas. Apa pun, kini dalam usaha memastikan pengguna kanak-kanak turut dapat menikmati perkhidmatan berkenaan, Facebook kini sedang membangunkan aplikasi Instagram khusus untuk kanak-kanak berusia bawah 13 tahun.
Dengan penawaran aplikasi khusus ini, ia akan menawarkan sejumlah kawalan yanng ditetapkan oleh ibu bapa, selain menawarkan platform yang mesra kanak-kanak.
Untuk makluman, Facebook sedia menawarkan perkhidmatan permesejan yang dioptimasikan untuk kanak-kanak dibawah “Messenger Kids”.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.