Carian
Polis Seremban Tumpaskan Sindiket Curi Bekalan Elektrik Untuk Melombong Bitcoin
March 19, 2021 Aman

Dengan arena kriptowang yang memperlihatkan peningkatan drastik dari segi nilai akhir-akhir ini, terdapat beberapa sindiket tidak bertanggungjawab yang bertindak mencuri bekalan elektrik untuk kegiatan perlombongan Bitcoin.

Terbaru, Polis Seremban berkata, operasi bersepadu dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini telah menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik untuk menjalankan kegiatan perlombongan Bitcoin.

Sebanyak tiga premis rumah kedai diserbu, yang memperlihatkan kedai pertama mempunyai 82 unit mesin perlombongan Bitcoin, diikuti 102 pada kedai kedua dan 80 mesin pada kedia ketiga.

Nilai rampasan ini dianggarkan sekitar RM528,000.

Komen