Carian
Pesta Buku 2021 Dianjurkan Secara Atas-Talian Bermula Hari Ini Sehingga 4 April 2021
March 19, 2021 Aman

Pesta Buku merupakan salah satu acara tahunan yang sering menyaksikan orang ramai singgah dan membuat pembelian buku, selain menyokong industri penerbitan tempatan.

Apa pun, disebabkan oleh pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan, Pesta Buku telah mula dianjurkan secara atas-talian.

Untuk tahun 2021 ini, Pesta Buku diadakan secara atas-talian bermula 19 Mac 2021 sehingga 4 April 2021. Ia dikatakan ini adalah Pesta Buku atas-talian terbesar di Malaysia sehingga kini.

Ia dianjurkan melalui platform Shopee, dimana orang ramai boleh melakukan pembelian dengan mudah, dan menerima buku yang diminati terus di rumah masing-masing.

Komen