Cari @ Amanz

Kita sedia maklum bahawa Intel sedang dalam persediaan untuk bertarung dengan AMD dan NVIDIA dalam pasaran cip pemprosesan grafik, dimana Raja Koduri beberapa hari lalu mengacahkan bahawa prestasi cip grafik Intel Xe HPG mereka akan hadir dengan prestasi yang boleh menandingi produk dua syarikat grafik gergasi tersebut.

Terkini, akaun Twitter Intel telah memperlihatkan rekaan logo GPU Intel Xe HPG ini pula, dengan membandingkannya dengan cip-cip pemprosesan Intel Iris Xe mereka sebelum ini, Intel Iris Xe dan Intel Iris Xe Max.

Intel turut dijangka menggunakan khidmat syarikat pembangun cip pemprosesan TSMC ataupun Samsung untuk mengilang cip pemprosesan ini untuk mempercepatkan proses penambahbaikan GPU dari tahun ke tahun, kerana kilang pembuatan cip Intel sendiri masih lagi sangkut pada proses 10nm, dimana TSMC dan Samsung mempunyai proses yang lebih cekap.

Cip pemprosesan grafik Intel Iris Xe dan Intel Iris Xe Max boleh dikatakan hadir dengan prestasi yang cukup baik sebagai sebuah cip pemprosesan terbina yang digunakan didalam komputer riba nipis dan ringan.

Persaingan baru daripada Intel ini boleh dilihat sebagai perkara yang baik untuk memecahkan duopoli AMD dan NVIDIA didalam arena pemprosesan grafik komputer. Kehadiran Intel dalam ruang ini juga sedikit sebanyak mungkin akan membantu menambahkan jumlah kad grafik yang boleh dibeli di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd