Cari @ Amanz

Wabak COVID-19 yang membelenggu dunia hadir dengan kesan sampingan buruk untuk pelbagai perniagaan, tetapi peluang keemasan untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Diantaranya ialah perkhidmatan penstriman video, yang mencatatkan statistik yang cukup menakjubkan pada tahun lepas.

Motion Picture Association mengatakan bahawa sepanjang tahun 2020, perkhidmatan penstriman video yang terdiri daripada Netflix, Hulu, Disney+, HBO Max dan sebagainya telah mencatatkan jumlah langganan global seramai 1 bilion pengguna.

Ini adalah peningkatan sekitar 26.6 peratus berbanding tahun lepas dimana industri perfileman berganjak dari tayangan wayang dan memperlihatkan karya-karya filem melalui perkhidmatan penstriman. Ini dapat dilihat melalui carta pai yang diperlihatkan oleh MPA, dimana pada tahun 2020, rata-rata 76 peratus daripada kandungan media diperlihatkan melalui perkhidmatan-perkhidmatan penstriman video.

Walaupun begitu, ia dijangka bahawa industri panggung wayang bakal hidup semula pada tahun ini dan tahun hadapan tatkala dunia sudahpun memulakan proses suntikan imunisasi COVID-19 yang sedikit sebanyak boleh membantu orang ramai untuk mula keluar semula dan beriadah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd