Cari @ Amanz

Dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini berjalan dengan lancar, kerajaan sedang meningkatkan jumlah pendaftaran orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan vaksin. Sebelum ini pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera hanya boleh dilakukan oleh individu. Hari ini aplikasi telah dikemaskini untuk membolehkan pendaftaran tanggungan pula.

Apabila tab Vaksinasi Covid-19 ditekan, pengguna akan dapat melihat pilihan baharu Tambah Tanggungan Vaksinasi di baris kedua. Isikan maklumat seperti nama penuh, hubungan, nombor kad pengenalan/pasport, umur, jantina dan alamat dengan lengkap sebelum menyimpannya. Buat masa ini ciri ini hanya diberikan pada aplikasi iOS sahaja. Kali terakhir aplikasi Android dikemaskini adalah bulan lalu. Tetapi secara lazimnya aplikasi Android akan dikemaskini beberapa hari selepas versi iOS.

Jadi jika anda mempunyai pasangan, anak, ibu-bapa, atau orang jagaan yang belum berdaftar mendapatkan vaksin anda boleh melakukannya hari ini. Sebelum ini jika perkara yang sama ingin dilakukan, ia hanya boleh dilakukan menerusi laman web dan talian hotline.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd