Ura-ura dan spekulasi mengenai kewujudan Samsung Galaxy A82 telah didengari sejak beberapa bulan yang lalu. Ia bakal menjadi peranti kemaskini untuk Galaxy A80 dan dilaporkan akan hadir dengan cip Snapdragon 855+.

Satu lagi spesifikasi utana padanya kini tertiris – di mana ianya dikhabarkan akan mempunyai sokongan kamera utama 64-Megapixel. Apa yang menariknya di sini, jenama ini akan menggunakan sensor daripada Sony iaitu IMX686 dan bukannya sensor ISOCELL mereka sendiri. Buat masa ini, itu sahaja yang diketahui dan tiada butiran lanjut mengenai sokongan sensor-sensor lain. Pada masa sama, masih tidak diketahui sama ada peranti pintar ini masih dilengkapi rekaan kamera berputar atau sebaliknya.