Cari @ Amanz

Maxis Dan U Mobile Dikenakan Kompaun Oleh SKMM

Oleh Aman

Link Copied!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini telah mengeluarkan sejumlah kompaun pada suku tahun pertama 2021 –  berjumlah RM3.3 juta  kepada syarikat telekomunikasi Maxis, dan sebanyak RM350,000 kepada U Mobile.

Daripada jumlah berkenaan, Maxis Broadband dikenakan kompaun sebanyak RM3.25 juta kerana kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dan selebihnya kerana ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir

Sementara 7 kompaun dan 1 kompaun tambahan dikeluarkan untuk U Mobile dan Maxis Broadband kerana ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

SKMM mengambil tindakan  dalam mengenakan kompaun terhadap syarikat telekomunikasi dalam usaha terus mengutamakan hak pengguna, termasuk memastikan kebebasan pengguna dalam memilih perkhidmatan telekomunikasi yang dikehendaki.


Komen ()