Cari @ Amanz

Black Shark 4 Menggunakan Rekaan Yang Lebih Minimal

Link Copied!

Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro akan dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu 23 Mac. Variasi biasa akan dijana dengan Snapdragon 870, manakala Pro dengan Snapdragon 888. Skrin dikatakan masih terhad kepada FHD+, tetapi akan ada sokongan kadar segar semula tinggi. Bateri adalah mencapai 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Versi Pro akan mengekalkan butang fizikal di sisi yang mimik seakan butang di bahu pada alat kawalan konsol permainan. Tidak pasti sama ada masih akan menggunakan mekanisme pop-naik atau akan sentiasa terkeluar. Tetapi rekaan panel belakang peranti dalam poster acah, mungkin adalah Black Shark 4 Pro memperlihatkan rekaan yang minimal. Ia tidak lagi ranggi, bersegi dan nampak garang. Sebaliknya hanya panel kaca biasa dengan corak “X” ikonik Black Shark.

Rekaan modul kamera dilihat mirip ROG Phone, tetapi yang unik adalah lampu di bawah modul kamera. Ia mungkin adalah lampu LED untuk notifikasi dan mungkin mempunyai sistem RGB untuk nampakkan identiti peranti gaming. Masih banyak misteri tidak didedahkan mengenai peranti ini. Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.


Komen ()