Realme X7 Pro Extreme Edition Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Mac 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Realme sedia hadir dengan penawaran siri X7 di China sekitar bulan September tahun lalu. Sebanyak dua buah model berbeza yang telah diperkenalkan dan hanya satu varian sahaja yang ditawarkan untuk pengguna di Malaysia- iaitu Realme X7 Pro.

Realme X7 Pro

Dalam perkembangan terkini, timbul desas-desus baharu mengatakan Realme didakwa bakal mengemaskini siri berkenaan dengan satu lagi model baharu. Menurut spekulasi awal, peranti berkenaan mungkin dikenali sebagai Realme X7 Pro Extreme kelak. Lebih menarik lagi, ia akan lebih memfokuskan kepada reka bentuk yang lebih nipis dan ringan. Bukan itu sahaja, rekaannya juga kelak dikhabarkan akan mendapat sentuhan eksklusif daripada pereka terkenal Jepun, Naoto Fukasawa – yang juga merupakan pereka untuk kemasan pada Realme X2 Pro Master Editions sebelum ini.

Realme X2 Pro Master Editions

Spekulasi awal mengatakan peranti pintar ini akan berkongsi spesifikasi yang sama dengan Realme X7 Pro sebelum ini – termasuklah untuk cip pemproses, kamera utama, kamera swafoto, saiz bateri dan juga sokongan pengecasan. Bezanya cuma, ia bakal menjadi peranti yang lebih nipis berbanding pendahulunya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami